Fokus Bidang Pengurusan Dan Pentadbiran

  1. Memantapkan dan meningkatkan pengurusan kualiti perkhidmatan pentadbiran sekolah dengan cekap dan berkesan ke arah pensijilan MS ISO 9001:2000
  2. Mengekalkan dan meningkatkan kualiti pengurusan kewangan dan akaun 5 bintang supaya mendapat audit tanpa sijil teguran serta memastikan PTJ berfungsi baik ke arah pensijilan MS ISO 9001:2000 serta mewujudkan inovasi-inovasi kewangan untuk memperkasakan bidang kewangan sekolah.
  3. Untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menggunakan ICT sepenuhnya.
  4. Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunter dengan mesra pelanggan dan berkomunikasi secara berkesan.
  5. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga sekolah yang mendapat kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek pengurusan.
  6. Menyelenggarakan bangunan, pembangunan fizikal sekolah, peralatan perabot, pendawaian elektrik supaya berada dalam keadaan mencukupi dan selamat digunakan.
  7. Mengekal dan meningkatkan prasarana sekolah supaya lebih kondusif, bersih, ceria dan harmonis.
  8. Menaik taraf dewan Ibnu Sina dengan menggantikan pintu biasa kepada pintu "sliding" dan pendingin hawa.
  9. Memantapkan pengurusan Pusat Sumber sekolah dengan konsep semua bahagian sekolah adalah Pusat Sumber (Bermaklumat).
  10. Melaksanakan pungutan derma PIBG mencapai 100% pada bulan Mac 2008 dan bulan Julai 2008 bagi tingkatan PraU 1.
  11. Menaik taraf Prasarana pejabat iaitu menggantikan karpet yang sedia ada kepada jubin (tiles).
  12. Meningkatkan penggunaan "Knowledge Cafe" dan Pusat Akses Kedua dengan menggunakan kemudahan ilmu internet, bahan pembelajaran kendiri dan meneroka bahan rujukan pendidikan secara global dengan meletakkan seorang PRA untuk membantu.
  13. Meningkatkan dan mengemaskini pengurusan stok semua bidang dan unit.
  14. Mewujudkan "Desk Officer" agar data sekolah dikemas kini dan diambil tindakan dengan cepat. (Rujuk Jawatankuasa Data Sekolah)